BAB1

(Regim dan Wilayah Dasar Lautan)

 

Topografi Dasar Lautan (Bathymtry):

q       Pengetahuan mengenai topografi dasar lautan penting – sains, explorasi, pelayaran dsb.

·       sebab akademik – kajian pergerakan air laut, pergerakan sedimen, pemodelan

·       penghasilan carta pelayaran; penentuan kawasan spt. canyon.

·       explorasi dan exploitasi sumber mineral (e.g. minyak, pasir).

q       Penentuan carta batemetri dasar lautan telah bermula sejak lama dulu. Carta topografi dasar lautan yang pertama (Lautan Atlantik Utara) diterbitkan oleh Matthew Maury dlm tahun 1855 berbanding dgn carta yang diterbitkan pada 1977.

q       Buat masa ini pengetahuan mengenai carta topografi dasar laut cukup baik.

q       Penentuan topografi dasar lautan melibatkan pelayaran serta penentuan kedudukan kapal dan penentuan kedalaman laut.

q       Secara ringkasnya disini dibincang kaedah penentuan kedudukan kapal dan juga kaedah penentuan kedalaman lautan.

       

Penentuan kedudukan kapal:

q       Ada beberapa kaedah yg mungkin diguna dengan julat & ketepatan yang berbeza.

1.     Penglihatan & Radar (Persisiran Pantai)

·       Julat : Sehingga 50 km

·       Ketepatan: ±10-200 m.

2.     Sistem Radio

e.g.: Loran-C

·       Julat : 2000 km

·       Ketepatan: ±100 m – 1 km.

                Omega

·       Julat : Seluruh dunia (SD)

·       Ketepatan: ± 1 – 15 km.

3.     Berdasarkan bintang (celestial navigation)

·       Julat: SD

·       Ketepatan: .5 – 10km.

4.     Satelit GPS

·       Julat : SD

·       Ketepatan: ±100 m atau kurang.

5.     “Differential” GPS (US Navy)

·       Julat : ± 10 m.

 

Penentuan Kedalaman Lautan:

q       Kontur batemetri dasar lautan adalah berdasarkan penentuan ke dalam di bawah paras lauta datum. Disini dibincang beberapa kaedah penentuan kedalaman dari yg terawal hingga yg termoden.

q       line-sounding”

·        tali berpemberat diturunkan ke dasar laut.

·       panjang tali dianggap sebagai kedalaman dasar.

·       di perairan cetek, boleh dibuat dengan cepat tetapi mengambil masa yg lama di lautan dalam.

·       masa yg lama menyebabkan dipengaruhi arus, angin, tali tidak mencancang & panjang tali tidak sama dengan kedalaman.

 

q       Gema-bunyi “eco-sounder

·       secara prinsipnya sama dengan radar kecuali gunakan gelombang bunyi (frekuensi ~5 –200kHz).

·       2 jenis: ‘swath bathymetry” & ‘side-scan sonar’

·       Swath bathymetry: utk pemetaan yg lebih terperinci.

·       Side-scan sonar: e.g. GLORIA (30 km-wide swath) & TOBI .

 

q       Seismic profile:

·       Penggunaan letupan untuk menusuk lapisan bumi.

·       Profil kedalaman laut & beberapa lapisan bumi diperolehi

·       eksplorasi telaga minyak.

     

 

Pengunaan Satelit Dalam Pemetaan Topografi Lautan:

·       altimeter satelit boleh ditentukan purata ketinggian permukaan lautan iaitu GEOID (GEOID=ketinggian permukaan lautan tanpa gelombang, arus, pasang-surut dsb.)

·       Turun naik GEOID ditentukan daya graviti tempatan. Di tempat berbukit di dasar lautan GEOID tinggi & di jurang (trench) GEOID rendah.

·       Pengetahuan ttg. GEOID boleh ditentukan topografi dasar lautan.

 

Wilayah Utama Dasar Lautan:

q       Berbagai ciri ditemui di dasar lautan dari yg bersaiz kecil beberapa sm (riak) kepada ciri-ciri yang mempunyai skala panjang ratusan km seperti permatang, canyon, juram dsb.

q       Secara kasarnya 3 pembahagian wilayah boleh diperkenalkan;

·       Tepian Benua (Continental margin)

·       Lantai Lembangan Lautan (Ocean basin floor)

·       Permatang Tengah Lautan (mid-ocean ridges)

Tepian Benua:

q       2 jenis tepian benua; Aseismic (passive) dan Seismic (active)

q       Jenis aseismic adalah tepian benua yg pasif dan terbentuk akibat pelebaran (stretching) kerak benua & juga bentuknya dipengaruhi oleh angkutan dan pemendapan sedimen.

q       Terdapat 3 daerah utama dalam wilayah ini;

·       Pelantar Benua (Continental shelf)

Kawasan dari pantai dengan kecerunan yang landai hingga ke kawasan di mana menjadi curam iaitu “shelf break”.

Kawasan cetek < 100 m.

·       Shelf break

Purata kedalaman ~ 135 m.

·       Kawasan lereng (continental slope)

Kawasan selepas “shelf break”, kedalaman boleh mencapai 3 km.

Kemungkinan wujud submarine canyon yg memotong lereng.

·       Continental rise

Kawasan di kaki lereng di mana kecerunan menjadi landai semula & seterusnya bercantum menjadi lembangan lautan.

q       Jenis seismic adalah tepian benua aktif berkaitan dengan pembentukan jurang akibat subduksi litosfera lautan ke dalam astenosfera.

 

Lantai lembangan lautan:

q       Terdapat 3 ciri utama bagi daerah ini;

·       dataran abisal

                       dataran luas di lautan dalam selepas "continental rise".

purata kedalaman ~ 4 km. Pasifik dalam sedikit berbanding Atlantik.

·       "oceanic rises"

·       "sea mounts - isolated / groups"

Permatang (Ridges):

 

q       permatang terbentuk dari bahan dari bawah & lantai lautan secara perlahan beredar dari permatang.

q       yang paling terkenal permatang mid-Atlantic, terbentang dari utara ke selatan sepanjang Lautan Atlantik & memuncak sehingga 1 km.

 

Ciri-ciri bersaiz pertengahan & kecil:

 

q       Dlm setiap wilayah atau regim, mungkin terdapat ciri-ciri bersaiz kecil dan pertengahan.

q       Contoh yg bersaiz pertengahan; bukit-bukit, canyons, juram dsb; boleh dikesan dgn wire / eco-sounding atau altimeter satelit

Juram biasanya ditemui di Lautan Pasifik; terbentuk bila dua kepingan (plate) bertembung & salah satu menjunam ke bawah. Juram terdalam (Mariana) ~ 11 km, (cf. Mt. Everest ~ 9 km).

q       Canyon; lurah yang memotong lereng benua; terbentuk oleh arus kekeruhan (turbidity current)

q       Ciri-ciri mikro bersaiz kecil dgn skala panjang sm atau m yg mungkin terbentuk oleh proses fizikal (aliran arus), kimia, geologi atau biologi. – riak (ripple)